Assalamualaikum ,
Hari ini saya tubuhkan QAYS yang bermaksud Kukuh dengan satu matlamat iaitu mengumpulkan setiap remaja dan berkenalan antara satu sama lain di samping membuat amal kebajikan agar dapat semaikan nilai murni dalam diri remaja pada zaman globalisasi ini .
Darsawarsa ini , remaja sering kali alpa tentang nilai-nilai murni yang wajib ada dalam diri mereka . Qays merupakan satu organisasi yang tergolong daripada para remaja yang saling menghormati antara satu sama lain , saling mengenali antara satu sama lain dan saling bekerjasama .
Sebagai remaja , kita tak mampu nak mendermakan wang ringgit kepada golongan yang tidak bernasib baik tetapi kita mampu sedekahkan senyuman dan tenaga kita . Selagi nyawa dikandung badan , inilah masanya untuk anak-anak muda bangkit dari kesilapan .
Saya , sebagai leader Qays memberi peluang kepada mereka agar dapat memberi pendapat tentang program-program yang bakal dilestarikan tidak lama lagi . Kepada sesiapa yang ingin join Qays ini . Sila memberi informasi tentang diri anda kepada saya .
Sekian , terima kasih .
f
Terbaekk :)
ReplyDeleteterbaeeekk. C:
ReplyDeletecool :). i like it
ReplyDelete